DARUL TAKZIM FC
Darul Takzim FC atau Kelab Bola Sepak Darul Takzim (dahulunya dikenali sebagai Johor FC atau Kelab Bola Sepak Johor), merupakan salah sebuah kelab bola sepak yang terdapat di Malaysia. Kelab ini kini berada dalam Liga Super, iaitu liga tahap pertama dalam Liga Malaysia. Bermula musim 2013, pasukan ini dikenali sebagai Johor
Sejarah
Kelab Bola sepak Johor (dahulunya PKENJ FC) telah ditubuhkan pada tahun 1972 di bawah Biro Sukan Persatuan Rekreasi Anggota pekerja PKENJ. Mula menyertai pertandingan bolasepak dalam Liga PBJB dan memenanganinya hampir setiap tahun.
Pada tahun 1988 pasukan PKENJ telah layak bertanding dalam Piala FAM. Seterusnya menjadi Juara Piala FAM tahun 1994 dan 1995, Naib Juara pada tahun 1996. Bermain dalam Liga Perdana 2 pada tahun 1997 hingga 2001. Menjadi Juara Liga Perdana 2 pada tahun 2001 dan seterusnya layak bermain dalam Liga Perdana 1 pada tahun 2002 dan 2003.Sekarang,Johor FC menjadi antara pasukan terhebat di Malaysia menduduki tempat ke-4 dalam Liga Super musim 2007-2008 dan melayakkan diri ke separuh akhir Piala Malaysia 2008. Di antara pemain utama yang bermain untuk Johor FC ialah bekas pemain kebangsaan, Wan Rohaimi Wan Ismail,Eddy Helmi Abd Manan, Hamzani Omar dan Sumardi Hajalan (Bekas pemain bawah 23 tahun kebangsaan).
Raul Carizzo, jurulatih yang berasal dari Argentina merupakan arkitek utama kebangkitan Johor FC ketika dizaman Piala FAM dimana beliau dapat membentuk skuad yang dianggap pelapis kepada skuad utama negeri Johor.
Antara pemain import yang menyerlah bersama mereka ialah Jonathan Ben Angelucci (Australia), Walter Andrian Silva(Argentina), Gustavo Fuentes (Argentina), Moses Mondororou (Cameroon), Ante Juric (Australia) dan Aytek Genc (Australia).
#Walaupon pd awal musim 2012 mereka dikeji, tapi MEREKA tetap DIHATI!!!